dimuat naik oleh: Nor Fazlina Bt Yusof
Khamis, 30 Ogos 2012
KONSEP ASAS BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI
KONSEP
ASAS BIMBINGAN
Pengertian
Bimbingan
Berbagai-bagai
pengertian telah diberikan kepada bimbingan. Yang berikut ialah
pengertian-pengertian yang berlandaskan tumpuan dan tekanan yang
tertentu. Kesemua pengertian tersebut adalah betul dan tiada satu
pengertian yang lebih betul jika dibandingkan dengan pengertian lain.
Definisi
Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menegaskan peranan
penyesuaian. mengikut Mathewson :
Bimbingan
ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu
melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami
ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk
menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan
peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral.
Disamping
itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang
dihadapi oleh individu itu semata-mata. maka dengan itu, James telah
menyatakan bahawa:
Fokus
bimbingan ialah individu tersebut, bukan masalahnya. Tujuan bimbingan
ialah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut untuk arahan
kendiri.
Yang
diimplikasikan oleh James di dalam pengertian bimbingannya ialah
memberikan peluang-peluang kesedaran kendiri dan arahan kendiri.
Pengertian
bimbingan yang boleh dikatakan komprehensif telah diberikan oleh
Jones. Mengikutnya :
Bimbingan
melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang, iaitu
yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan
ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia
dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik; ia
menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya.
Kini
kita perlu meneliti perkhidmatan-perkhidmatan yang mewakili
bimbingan. Mengikut Belkin :
Bimbingan
mewakili pola perkhidmatan yang meliputu orientasi, inventori
individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling, penempatan,
dan perkhidmatan susulan.
Daripada
pengertian ini, kita dapati bahawa bimbingan itu meliputi kaunseling.
Malahan bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan
berbagai-bagai sumber, seperti penasihatan, kaunseling, pemberian
bahan maklumat, ujian, lawatan, ujian bakat, filem dan perbincangan
di bilik darjah yang akan menolong murid membuat pilihan berhubung
dengan perancangan dan objektif pendidikan.
Ada
baiknya juga di sini jika kita bezakan bimbingan dengan tugas-tugas
guru yang lain. Di antara tugas-tugas ini ialah, pengajaran,
kaunseling, penyelidikan dan pentadbiran.
Menurut
Jones, pengajaran ialah tentang hal-hal yang berhubung dengan
menolong murid belajar.
Mengikut
Ibid, kaunseling meliputi perihal menolong murid mengembangkan
kebolehannya dan menyelesaikan masalah-masalahnya sendiri.
Cribbin
mengatakan bahawa penyeliaan bertanggungjawab memberikan pucuk
pimpinan untuk memperbaiki pengajaran.
Pentadbiran
pula ialah tentang kawalan, arahan dan pengurusan sekolah, iaitu
penyediaan keadaan-keadaan yang memudahkan pembelajaran.
Seterusnya
jika kita analisis pengertian bimbingan yang telah diberikan oleh
penulis-penulis dan pakar-pakar bimbingan yang lain yang telah kita
bincangkan, kita mendapati bahawa pengertian-pengertian mereka yang
berbeza-beza itu membawa tujuan-tujuan yang berbeza dan yang serba
merangkumi.
Tujuan
Bimbingan
Tujuan
bimbingan telah disimpulkan oleh Cribbin apabila beliau telah
mengkaji semua penulisan tentang bimbingan yang telah sedia ada di
antara tahun 1935 hingga 1950. Cribbin telah membahagikan
tujuan-tujuan bimbingan kepada dua kelas penting, iaitu tujuan dasar
dan tujuan berkaitan seperti yang berikut.
Tujuan
Dasar
Tujuan
bimbingan yang asas ialah :
- Perkembangan individu yang paling baik.
- Individu yang serba lengkap.
- Individu yang optimum, penuh, seimbang dan luas pandangan dari segi fizikal, intelek, emosi, sosial dan kerohanian.
- Perkembangan individu yang terbimbing kendiri dan perkembangan individu yang matang.
- Individu yang berdikari , berarahan kendiri, serba mencukupi sendiri dan mempunyai daya ikhtiarnya sendiri.
- Individu yang bahagia dan efisien daripada segi social.
- Individu yang dapat mempelajari hidup lebih baik lagi.
Tujuan
Berkaitan
Tujuan
bimbingan yang berkaitan pula adalah seperti yang berikut :
- Mengembangkan inisiatif, tanggungjawab, arahan kendiri dan bimbingan kendiri murid.
- Mengembangkan kebolehan memilih matlamatnya sendiri.
- Mengetahui diri sendiri, mengetahui sekolah dan diketahui oleh sekolah.
- Menjangka, mengelak, dan mencegah krisis daripada bermula di dalam kehidupan murid.
- Menolong murid, menyesuaikan diri dengan sekolah dan hidup secara yang memuaskan.
- Menolong murid menyaksi, memahami, menemui dan menyelesaikan masalah-masalahnya.
- Menolong murid membuat keputusan, rancangan dan interpretasi yang bijaksana pada masa-masa kritikal di dalam hidupnya.
- Menolong murid memperolehi celik-akal dan teknik-teknik yang diperlukan untuk menyelesaikan masalahnya pada masa akan datang.
- Menolong guru agar guru dapat mengajar dengan lebih berkesan.
- Menolong pentadbir menjalankan kerja-kerja pentadbiran dengan lebih berkesan lagi dengan memberikan sumbangan sepenuhnya terhadap rancangan sekolah keseluruhannya.
- Membentuk dan mengembangkan warganegara yang akan mengambil bahagian dan menyumbangkan diri ke arah cara-cara hidup demokratik.
- Berbagai-bagai objektif lain: seperti menolong keluarga di rumah, menolong komuniti, membina watak yang beretika, mengadakan perhubungan dengan orang lain yang lebih baik dan menolong mewujudkan persefahaman antarabangsa.
Prinsip-Prinsip
Bimbingan
Seterusnya
Cribbin telah mengkaji juga teks-teks bimbingan yang sedia ada dari
tahun 1935 hingga ke tahun 1950, dan telah menurunkan prinsip-prinsip
bimbingan yang terkandung di dalam teks-teks tersebut. Hingga kini,
prinsip-prinsip yang dirumuskannya itu tidak ditentang oleh
pakar-pakar bimbingan lain, walaupun makna rumusannya yang berikut
boleh diperdebatkan.
- Bimbingan diasaskan dengan pengakuan bahawa seseorang individu itu mulia dan berguna dan juga berhak menerima bantuan peribadi pada masa kesukaran.
- Bimbingan adalah berpusatkan ke arah murid, dan berkaitan dengan perkembangan optimum keseluruhan diri murid serta pencapaian potensi-potensi untuk kepentingan individudan sosial.
- Sebagai suatu sudut pandangan pula, bimbingan adalah sama.
KONSEP
ASAS KAUNSELING
Pengertian
Kaunseling
Kaunseling
ialah proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar
tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara perseorangan, dan
tentang tingkah laku yang dapat memajukan perkembangan peribadi
mereka sendiri.Pemerian ini agak luas dan tidak terkhusus. Definisi
yang lebih khusus adalah seperti yang berikut.
Kaunseling
ialah :
…suatu
proses apabila seseorang yang terganggu (iaitu klien) ditolong merasa
dan bertingkah laku dengan cara yang lebih memuaskan daripada segi
peribadi dengan cara berinteraksi dengan orang yang tidak terlibat
(iaitu kaunselor) yang memberikan maklumat dan reaksi untuk
merangsangkan klien mengembangkan tingkah laku agar membolehkannya
menghadapi dirinya dan persekitarannya dengan lebih berkesan lagi.
Definisi
yang sama khususnya telah diberikan juga oleh Dustin dan
George.Mengikut mereka, kaunseling ialah :
…suatu
proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku
penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian.
Tujuan
Kaunseling
Kaunseling
harus mencerminkan latihan, sistem nilai, persepsi peranan dan
keperluan individu yang sedang ditolong. Hampir semua orang yang
menyumbangkan khidmat kaunseling akan bersetuju bahawa matlamat asas
kaunseling ialah untuk membawa perubahan tingkah laku dan seterusnya
akan membolehkan hidup mereka menerima kaunseling lebih produktif dan
memuaskan.
Tujuan
utama kaunseling sekolah ialah untuk menolong murid memahami dirinya
sendiri agar ia dapat menjadi individu yang terarah sendiri.
Tujuan-tujuan ini berdasarkan keselamatan perhubungan kaunseling
kerana murid dapat menjelajahi dinamik dan perhubungan di antara
perasaan, nilai, dan persepsi mereka terhadap orang lain. Murid boleh
juga membincangkan perhubungan di antara perseorangan mereka,
keraguan mereka, dan pilihan hidup mereka. Dengan menjelajah seperti
ini, maka lahirlah celik akal, kefahaman diri sendiri, penjelasan
peranan, perancangan dan perubahan tingkah laku. hasilan yang
dikehendaki daripada kaunseling ialah kesedaran kendiri dan arahan
kendiri bagi diri murid yang menjadi klien.
Tidak
ketinggalan juga, tujuan kaunseling di sekolah sering dikatakan juga
untuk perancangan dan membuat keputusan.
Mengikut
Loughary:
…masalah-masalah
kaunseling di sekolah yang dihadapi oleh kaunselor boleh diturunkan
kepada masalah membuat keputusan.
Di
dalam konteks ini, kaunselor akan menolong klien mendapatkan maklumat
persekitaran yang diperlukan untuk membuat keputusan dan mendapatkan
penerimaan atau penjelasan tentang ciri-ciri peribadi tertentu yang
mungkin mengganggu atau berkaitan dengan keputusan tersebut. Hal ini
tidak pula bermakna bahawa kaunselor akan memberitahu murid apa yang
salah dan apa yang harus dibuat pada mereka. Dengan kaunseling, murid
ditolong mencapai penyesuaian dan kerjaya mereka sendiri. Maka dengan
itu, jelaslah bahawa kaunseling memberikan fokus kepada masalah dan
keperluan murid secara individu dan menolong mereka mempelajari
perkara-perkara yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah
tersebut. Dengan cara ini, murid-murid akan menjadi lebih
berkebolehan menghadapi masalah masa depan mereka secara sendiri.
Fullmer
dan Bernard pula mengatakan bahawa :
…masalah
asas kaunseling ialah untuk mencari cara-cara bagi individu
menghubungkan pengetahuan luar dengan dirinya sendiri agar
pengetahuan tersebut menjadi sebahagian dirinya dan dapat digunakan
untuk tingkah laku penyelesaian masalahnya.
Rogers
pula mempercayai bahawa tujuan utama kaunselor ialah mendapatkan :
…struktur
diri yang lebih luas, memasukkan sebahagian besar pengalamannya
sebagai sebahagian diri, dan penyesuaian hidup yang lebih selesa dan
realistik.
Kebanyakan
murid akan mengalami keraguan dan tiada persambungan di dalam hidup
mereka kerana hidup di dalam dunia moden ini penuh dengan konflik,
keadaan tidak tentu dan kekacauan. Maka dengan itu, murid sering
menghadapi masalah kerana pengalaman-pengalaman tenteram sudah
berkurangan. Di suasana kaunseling yang tenang dan yang tidak
mencabar murid yang tidak bermasalah, murid akan dapat menghadapi
masalahnya dengan lebih berani, kerana ia akan dapat
mengasing-asingkan idea dan nilai yang sah baginya untuk keperluan
hidup.
Matlamat
Kaunseling
Krumboltz
berpendapat bahawa matlamat kaunseling tidak seharusnya sama bagi
semua klien dan seterusnya matlamat kaunseling harus mempunyai tiga
kriteria yang berikut.
- Matlamat kaunseling harus dikehendaki oleh klien.
- Kaunselor harus bersedia dan mahu menolong klien mencapai matlamatnya.
- Kaunselor harus dapat menilai sejauh manakah klien telah mencapai matlamat tersebut.
Prinsip-Prinsip
Kaunseling
Mengikut
Arbuckle, kaunseling harus diasaskan mengikut prinsip-prinsip yang
berikut :
- Manusia pada asasnya membuat penentuan kendiri.
- Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan kefahaman kendiri yang lebih tinggi lagi.KONSEP ASAS PSIKOTERAPIPengertian PsikoterapiMenurut Casey (1996), secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani “recovery of adequancy” . Oleh itu psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa peristiwa lepas daripada peristiwa sekarang, celik akal lebih daripada perubahan dan peranan ahli terapi sebagai pakar.Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagaimana melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak 20 hingga 40 sesi atau selama enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek iaitu sebanyak 8 hingga 12 sesi dan jangka masa kurang daripada 6 bulan. Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient.Bidang psikoterapi lebih memfokus kepada proses pemikiran dan cara seseorang individu memandang kedudukan dirinya di dalam dunia. Psikoterapi ialah rawatan yang diberi untuk individu-individu yang mengalami masalah-masalah yang sangat berat dan kepada mereka yang memiliki masalah kesihatan jiwa.Pada hakikatnya, kedua-dua bidang kaunseling dan psikoterapi seringkali bertindih. Kadang-kala, seorang ahli kaunselor perlu berfungsi secara teraputik manakala seorang ahli psikoterapi perlu memberi kaunseling dalam situasi-situasi yang spesifik.PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPIBrown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara kedua-duanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam tugas-tugas kaunselor.Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga perkembangan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam kehidupan.Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan menemui kebahagiaan. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan untuk menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan mempunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling.BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab. Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey menggunakan istilah kaunseling dan psikoterpi secara silih berganti.
BIMBINGAN
DALAM PENDIDIKAN
Pengantar
kepada Bimbingan :
Konsep
Bimbingan Dan Kaunseling
Bimbingan,
atau guidance
dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat
kepada seseorang.
Mengikut
Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan merujuk
kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada
pelajar yang berkenaan.
Pelajar
yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi
masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar biasanya boleh digolongkan
dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik dan masalah
emosi-sosial. di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan
diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan
masalah tertentu.
Manakala,
kaunseling mengikut Shertzer dan Stone (1968), ialah proses interaksi
yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Menurut
Arbuckle (1965), kaunseling bukan bertujuan menolong klien
menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami
kelebihan dan kelemahannya,potensi dan keupayaannya.
Patterson
dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan
secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang
membawa perubahan klien pada akhirnya.
Mengikut
Kamus Dewan (1998), kaunseling merupakan proses teratur yang
melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh
seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi
bimbingan dan nasihat.
Berdasarkan
huraian di atas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbingan adalah
saling berkait dengan konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan
oleh G.S. Belkin dalam bukunya Practical
Counseling in the Schools,
beliau menulis :
“bimbingan
merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan
kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.”
Kesimpulannya,
kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan
bimbingan. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses
pertemuan secara bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang
memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar (disebut
sebagai klien) yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan
tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala
aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk
ajar dan nasihat serta tindakan susulan.
Prinsip-Prinsip
Bimbingan Dan Kaunseling
- Tiap-tiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau kepercayaannya.
- Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan, tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa yang berkenaan.
- Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
- Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan perhubungan mesra dan kepercayaan.
- Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.
- Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik yang disediakan khas.
- Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
- Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian di antara kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.
- Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.
- Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.
Objektif-Objektif
Bimbingan Dan Kaunseling
Objektif
utama Bimbingan dan Kaunseling ialah menolong pelajar menyelesaikan
masalah, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, yang dihadapinya. Di
antara objektif yang lain ialah :
- Menolong pelajar memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai dengan budaya sekolah dan norma masyarakat.
- Melayan keperluan-keperluan pelajar ke arah perkembangan potensi mereka secara optimum.
- Menolong pelajar memahami kekuatan dan kelemahannya agar mereka dapat menyesuaikan diri mengikut kebolehannya serta memilih dan merancang masa depan dengan berkesan.
- Mendorong pelajar menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha menyelesaikannya dengan penuh keyakinan.
- Menyedarkan pelajar bahawa ada orang yang rela membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
- Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai pada masa depan.
- Mengubah tingkah laku bermasalah pelajar dan seterusnya membentuk tingkahlaku yang diingini.
- Menolong pelajar membentuk konsep kendiri positif.
- Memberi tunjuk ajar supaya pelajar dapat mengatasi masalah akademik, dan seterusnya meningkatkan prestasinya dalam bidang pelajaran yang dahulu dinilai lemah.
- Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif atau jurusan yang sesuai mengikut potensi dan minatnya.
- Menganjurkan kem motivasi bagi pelajar yang mempunyai motivasi rendah untuk belajar.
Matlamat
Utama Bimbingan Dan Kaunseling
Berdasarkan
objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka
matlamat utamanya ialah memberi bimbingan dan saranan penyelesaian
supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil saranan
perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah
peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melaui usaha
diri sendiri.
Konsep
Bimbingan dan Kaunseling kadangkala disalahertikan sebagai sesuatu
sesi digunakan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar,
menentukan punca kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar
yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dicadangkan
kaunselor.
Konsep
bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu
mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan
membimbingnya memikir penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi
membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilh untuk
menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang
dihadapinya.
Ringkas
kata, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehan
menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai
pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta
dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk
mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.
Kepentingan
Bimbingan Dan Kaunseling
Bimbingan
dan Kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan
untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan
menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu
persekitaran.
Kepentingan
bimbingan dan kaunseling ialah :
- Ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka.
- Ia mempunyai kepentingan kendiri dan sosial.
- Ia membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial.
- Ia juga bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal dengan membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam masyarakat.
Disediakan
Oleh : Siti Fadzilah Binti Daud
DPLI MU/RBT
Rabu, 29 Ogos 2012
Jenis-Jenis terapi dan Peranan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing
PENGENALAN
Bimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang digunakan untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak semua sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling. Apa pun bimbingan dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh semua pihak disesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir,guru kaunseling serta guru biasa juga turut memainkan peranannya jua.
Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam konteks pendidikan bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid-murid. Kaunseling pula, merupakan satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Kaunseling sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyrsuaikan diri dengan keadaan alam social di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan dan kelemahannya, potensi serta keupayaannya.
Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai guru kaunselor. Murid pula, dipanggil atai di istilahkna sebagai klien atau orang yang menghadapi masalah peribadi contohnya masalah dalam bidang akademik dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku yang baik kepada murid tersebut. Perubahan ini juga seterusnya membawa kepada penyelesaian masalah yang dihadapinya.
JENIS-JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan untuk meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling bagi sistem sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu proses yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu :
• Harga diri individu adalah paling mutlak ;
• Setiap individu adalah unik;
• Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu bertindak;
• Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;
• Individu-individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu untuk membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan persekitaran mereka.
• Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.
Harga diri individu adalah paling mutlak. Ini kerana, harga diri seseorang adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dihormati. Murid perlu dilatih untuk menghargai diri mereka. Hal ini kerana, setiap individu adalah yang unik. Individu itu dikatakan unik dari segi baka, bakat, minat serta kebolehan yang ada. Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu itu bertindak. Ini disebabakan oleh sikap seseorang mampu mendorong mereka melahirkan pandangan yang mungkin tidak sama dengan orang lain. Pandangan itu lahir mungkin disebabkan oleh persepsinya dalam berhadapan dengan masalah. Contohnya seorang murid menghadapi masalah ponteng kelas. Murid ini berpandangan masuk kelas merupakan satu keaadaan yang membosankan. Maka sikap serta persepsi yang tertanam di dalam pemikirannya itu telah membawa murid tersebut ke arah satu tindakan demikian. Dengan itu, sikap serta persepsi secara tidak langsung adalah asas kepada tindakan yang dibuatnya.
Individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan bolh dibantu untuk membuat keputusan kea rah kendiri yang baik. Hal ini kerana setiap individu pada dasarnya mempunyai satu tingkahlaku yang baik dan unik yang boleh dibimbing, dibentuk atau digilap dengan pendekatan dan cara yang betul. Keupayaan membimbing murid-murid ini dengan gaya yang betul akan membuatkan mereka lebih serasi dengan persekitaran disekolah pada amnya.
Dalam pada itu juga, setiap individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Ini kerana, dalam membentuk satu tingkahlaku yang baik dikalangan kanak-kanak iaitu murid sekolah mereka ini perlu diberi pendedahan berkaitan dengan tingkahlaku yang baik. Ini bertujuan supaya mereka dapat membanding beza di antara sikap yang positif dan negatif dalam kehidupan seharian. Pendedahan kepada masalah tingkahlaku juga secara tidak langsung membimbing mereka apabila dewasa kelak telah mampu mendisiplinkan diri dengan sikap yang baik ynag disenangi oleh semua orang.
Setiap individu mungkin memerlukan maklumat dan bantuan kendiri daripada seorang kaunselor yang cekap dan professional maka menjadi tugas seorang ahli kaunselor untuk menolong individu terbabit untuk menjadi manusia yang seimbang dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling membolehkan seseorang individu mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dibimbing dengan baik maka setiap individu dapat mencapai potensi dirinya secara optimum. Untuk mencapai tujuan tersebut maka terapi dalam bimbingan kaunseling diwujudkan melalui jenis- jenis terapi berikut iaitu :
1. Terapi Perkembangan
2. Terapi Pencegahan
3. Terapi Pencegahan
4. Terapi Intervensi Krisis
1) Terapi Perkembangan
Tujuan utama terapi ini diadakan ialah untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Oleh itu satu program telah dirangka untuk mencapai tahap perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran yang boleh dicapai melalui program terapi ini ialah melalui mod pengajaran bilik darjah,kaedah bimbingan secara kumpulan dan program atau projek sekolah seperti hari kerjaya,kursus motivasi serta seminar-seminar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Hasil daripada kemahiran yang telah dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu perkembangan kendiri/sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya murid-murid.
Bimbingan terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya dapat membentuk personality dan konsep kendiri yang positif. Tujuannya adalah untuk membawa klien ke arah mencapai prestasi diri yang lebih baik. Contohnya, guru kaunseling melakukan satu aktiviti mengedarkan satu borang personaliti bagi untuk kenalpasti potensi diri serta bakat yang tersembunyi. Borang ini boleh diberi semasa sesi seminar mengenal personality diri. Secara tidak langsung klien atau murid tertarik untuk mengetahui ciri-ciri personality yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.
Guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alat penilaian untuk mengukur pencapaian murid-murid yang terlibat dalam terapi perkembangan. Antaranya ialah seperti berikut :
• Hasil pembelajaran perkembangan yang berintegrasi dan berperingkat;
• Penilaian yang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah;
• Resos-resos profesional;dan
• Pendidikan pos sekolah menengah dan bahan-bahan dan program-program yang berkaitan dengan kerjaya.
Hasil pembelajaran perkembangan yang berperingkat. Melalui terapi perkembangan yang dibuat secara berperingkat ini guru kaunseling dapat melihat perubahan tingkahlaku yang dialami oleh kliennya itu. Seterusnya penilaian boleh dibuat berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian di dalam bilik darjah guru kaunseling boleh bertanyakan guru kelas berkaitan dengan perkembangan perubahan tingkahlaku murid berkenaan sama ada baik atau pun sebaliknya. Selain daripada itu, guru kaunseling juga boleh merujuk kepada resos-resos profesional dengan bantuan teori yang bersesuaian.
2) Terapi Pencegahan
Tujuan utama bimbingan terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid daripada menghadapi masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi pencegahan ini juga merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti yang tidak diingini. Contohnya seperti aktiviti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoran dan sebagainya. Oleh itu kaunselor bimbingan akan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi –strategi berikut :
1. Intervensi awal; dan
2. Memberikan respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.
Intervensi awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Bak kata pepatah cegah sebelum merebak. Guru kaunseling boleh mengadakan sesi kaunseling untuk mencegah masalah yang dihadapi oleh murid. Sebagai contoh segalanya bermula dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Melalui cara ini guru kelas dapat mengenalpasti sebarang masalah yang dihadapi oleh murid di dalam kelas. Hanya guru kelas merupakan orang yang paling hamper dengan muridnya ketika berada di dalam kelas. Seandainya masalah sudah dapt dikenalpasti dengan cepat maka dengan itu intervensi awal boleh dilaksanakan. Secara tidak langsung juga dapat meberi satu respon dengan serta- merta kepada murid yang menghadapi masalah atau krisis diri.
Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan strategi-strategi seperti menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang dihadapi klien, bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan, konsultasi dengan guru-guru lain dan ibu bapa serta merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-pakar lain dan ibu bapa. Alat penilaian yang digunakan oleh kaunselor dalam terapi pencegahan ialah penilaian individu, aktiviti sokongan pembelajaran yang dikordinasikan oleh murid-murid dan perancangan sistematik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah akademik dan penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan terapi pemulihan untuk membantu mereka.
3) Terapi Pemulihan
Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama adalah menggunakan teknik-teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan. Selain itu, untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid-murid dan sekolah. Bimbingan penyediaan kemudahan juga boleh diketengahkan dengan merujuk kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum dan kokurikulum.
Di antara beberapa aktiviti sokongan pendidikan oleh ahli-ahli kaunselor dalam proses terapi pemulihan ialah merancang aktiviti-aktiviti kelab, menstrukturkan rancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan yang biasanya dijalankan sama ada masa sistem persekolahan ataupun di luar masa persekolahan.
Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam terapi bimbingan ini kerana ia berbeza dari pengajaran biasa. Antara aspek-aspek penting dalam proses terapi pemulihan ialah :
• Membekalkan kemahiran belajar;
• Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah;
• Meningkatkan ilmu kendiri;
• Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan;dan
• Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.
Membekalkan kemahiran belajar kepada murid. Contohnya menyatakan kebaikan serta kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini membantu murid mengetahui kecenderungan mereka untuk mempersiapkan diri apabila mengahadapi ujian mahupun peperiksaan. Seterusnya menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah. Dengan berbuat demikian, guru kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid yang bermasalah untuk datang atau hadir ke sekolah.
Meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing murid meningkatkan ilmu kendiri yang beraitan dengan diri murid itu sendiri. Peningkatan ilmu kendiri di kalangan murid membantu mereka menerima baik buruk tingkahlaku yang telah sedia ada di samping berusaha untuk memupuk satu sikap yang baik dari semasa ke semasa dengan terapi yang ada.
Dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam bidang akademik kaunselor mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau pakar-pakar pendidikan yang dapat menyumbang kepada penelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid-murid. Sesunggunya kelemahan dan kekurangan ini dapat di atasi dengan cara yang baik seandainya semua orang di sekeliling bergabung bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan tingkalaku anak masing-masing.
4) Terapi Intervensi Krisis
Terapi ini diadakan untuk membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan klien-kliennya. Sebuah krisis didefinisikan sebagai datu situasi atau kejadian di mana seorang individu rasa tertekan atau mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi. Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kamatian ahli keluarga,kehilangan pekerjaan atau terputusnya hubungan persahabatan. Pada masa inilah pelbagai perasaan akan dialami dan respon yang berbeza terhadap sesuatu krisis.
Bimbingan krisis adalah satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes kritikal. Contohnya adalah seperti bertumbuk dengan tujuan untuk mencederakan seseorang, percubaan membunuh orang atau diri sendiri, mengalami masalah mental atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Tujuan utama terapi kaunseling krisis ini ialah :
• Untuk mengurangkan stres/ketegangan dan kekecewaan di sekolah
• Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
• Menstabilkan emosi
• Meningkatkan produktiviti
• Mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak di ingini.
• Mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
• Mengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis
Kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa murid-murid yang mengalami krisis mental menunjukkan ciri-ciri seperti tidak boleh menyebut perkataan dengan tepat, tidak boleh menyusun perkataan untuk membina ayat,membaca dengan kadar lambat,tidak boleh membaca langsung dan penumpuan terhadap pengajaran guru yang singkat.
Justeru itu para kaunselor telah menyediakan sembilan langkah untuk yang boleh digunakan dalam terapi intervensi krisis iaitu :
1. Pendidikan
Kaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu individu memulih dan bergerak daripada krisis.
2. Pemerhatian dan Kesedaran
Kaunselor akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap individu dan menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada individu tersebut.
3. Menggunakan Potensi Individu
Kaunselor akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi menghadapi krisis bagi pertumbuhan kendiri serta member peluang kepada mereka untuk menemui potensi kendiri tertinggi.
4. Memahami Masalah
Kaunselor akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan yang ada semasa sesuatu krisis berlaku.
5. Mewujudkan Struktur yang Berkaitan
Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk menamatkan sesuatu krisis.
6. Mencabar Kepercayaan yang Tidak Rasional
Kaunselor akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis ialah masa kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid akan merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah.
7. Menghapuskan Tingkah Laku Adiktif
Kaunselor boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari sesuatu krisis adalah hasil daripada (adiksi)
8. Mencipta Penggantungan Sementara
Kaunselor boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas yang sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi kesedihan dan kesakitan mereka.
9. Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan Emosi
Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah respon yang paling sihat semasa krisis berlaku.
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.
Tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka guru biasa juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling bagi menghindari masalah-masalah dalam sistem persekolahan. Ini kerana guru biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkahlaku murid-murid mereka.
Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikososial murid-murid, memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah berkait dengan konsep kendiri yang rendah, bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan mengendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa serta mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk menyediakan keperluan dan profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling seupaya mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah “vandalism” atau mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.
Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :
1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan kendiri yang rendah
2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau
3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan.
Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu murid-murid mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan, membantu murid-murid lebih jelas mengenai diri mereka sebagai seorang individu, membantu murid-murid lebih kuat dan yakin, membantu murid-murid mengatasi isu-isu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi peperiksaan, persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid memilih mata pelajaran yang ingin mereka belajar.
Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat, dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan untuk menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja, menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari semasa ke semasa.
Disediakan oleh :
Halimatusaadiah bt Ab Wahab
DPLI MU/RBT
Langgan:
Catatan (Atom)